PENGENALAN

Unit Surgeri Pediatrik adalah salah satu unit surgeri sub-kepakaran yang terletak di bawah naungan Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Unit ini merupakan pusat rujukan perundingan rawatan dan pembedahan samada pembedahan biasa atau melibatkan lubang kunci (key hole surgery) untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kepakaran pembedahan ini adalah melibatkan pembedahan bayi baru lahir, pembedahan am kanak-kanak, pembedahan urologi kanak-kanak, pembedahan kanser dan masalah berikutan kelainan jantina pada kanak-kanak.


FUNGSI UNIT

  1. Memberi perkhidmatan perundingan klinik, pembedahan dan rawatan khusus kepada pesakit kanak-kanak di bawah umur 18 tahun secara komprehensif, berterusan dan berkualiti tinggi.
  2. Memberi pendedahan,pengajaran dan pembelajaran (akademik) di dalam bidang pembedahan am kanak-kanak kepada pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Pediatrik, dan pra-siswazah Ijazah Doktor Perubatan.
  3. Menjalankan kajian penyelidikan dan menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang menjurus kepada pembedahan kanak-kanak, serta bekerjasama dan menjalankan kolaborasi penyelidikan dengan pihak luar.
  4. Menjadi pusat rujukan dan latihan sub-kepakaran dalam bidang klinikal, pembelajaran dan penyelidikan bidang pembedahan kanak-kanak untuk negara.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Perkhidmatan perundingan kepakaran pembedahan kanak-kanak (rujukan luar dan dalam HCTM):
    1. Klinik Pediatrik di Klinik Pediatrik 1 & 2 dan di Hospital Pakar Kank-Kanak (HPKK)
    2. Klinik Pakar UKM Kesihatan

Sesi perkhidmatan Klinik Surgeri Pediatrik pada setiap hari Isnin  dan Selasa bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Perkhidmatan perundingan klinik ini melibatkan kes-kes yang dirujuk dari hospital lain dan dari klinik luar & dalam selain melibatkan kes-kes susulan dari Wad Surgeri Pediatrik (4K).

 

  1. Perkhidmatan Jagarawatan pesakit di wad pembedahan kanak-kanak 4K(sebanyak 26 katil), PICU dan NICU seperti berikut:
    • Merangkumi kes-kes sebelum & selepas prosedur pembedahan, kes-kes susulan serta kes-kes rujukan.
    • Menerima kemasukan pesakit untuk rawatan penyakit pada kanak-kanak yang memerlukan kepakaran pembedahan dengan arahan Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab.
    • Menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit sebelum dan selepas pembedahan seperti pemeriksaan dan cucian luka serta buka jahitan untuk pesakit luar atas arahan Pegawai Perubatan selepas temujanji di Klinik.
    • Memberi pendidikan kesihatan dan sokongan moral dalam penjagaan diri di rumah selepas pembedahan dilaksanakan kepada pesakit dan waris.
    • Perkhidmatan jagarawatan dan rujukan pesakit luar dari Klinik Pembedahan Kanak-Kanak.

 

  1. Sesi pembedahan Dewan Bedah Pediatrik 4 & Dewan Bedah Pediatrik 5 (OR1) :
    • Menjalankan pembedahan kanak-kanak semi-kecemasan (2 hari seminggu) pada setiap hari Rabu & Khamis dan kecemasan (24 jam)
    • Menjalankan pembedahan secara kecemasan bagi kes-kes yang dirujuk serta merta
    • Memberi latihan/attachment kepada doktor pakar pelatih/pelajar pra dan pasca-siswazah/kakitangan dalaman atau luaran berkaitan pembedahan am kanak-kanak secara khusus.

 

  1. Senarai rawatan pembedahan kanak-kanak merangkumi:
    • Circumcision
    • Herniotomy – open and laparoscopy
    • Orchidopexy
    • Abdominal wall surgery
    • Laparotomy
    • Malrotation surgery
    • Intussusception reduction
    • TOF repair
    • Thoracotomy and thoracoscopy
    • VATS surgery
    • Lung lobectomy / nodulectomy/ metastetactomy
    • Gastrostomy / fundoplication
    • Pyloromyotomy
    • Duodenal and bowel atresia repair
    • NEC surgery
    • Hirschprung surgery
    • PSARP / ASARP / anopasty
    • Pyeloplasty
    • Stoma creation / closure
    • Reimplantation
    • Stone removal surgery
    • PUV repair
    • Hypospadias repair
    • Genital reconstruction
    • Tumour excision
    • Laparascopy surgery

 

  1. Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khusus dalam pembedahan am kanak-kanak.
    • Pengajaran/Posting Medical (Doktor Pakar Surgeri Pediatrik, UKM & UM) (Doktor Pakar Surgeri Am, UKM).
    • Posting Siswazah Kejururawatan
    • Posting Siswazah Post Basic Nursing
    • Pelajar Perubatan ( Tahun 3 dan Tahun 5 prasiswazah UKM )
    • Sesi CME untuk pelajar posting dan kakitangan (Journal Club Presentation, Clinical presentation, CME dan CNE)
    • Pembentangan cencus bulanan, motaliti dan mobiditi setiap 3 bulan di peringkat Jabatan Pembedahan
    • Pendedahan dan pengajaran kepada pelajar pra-siswazah kedoktoran UKM, pelajar pra-siswazah dalam dan luar negara.

 

  1. Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan
    • Doktor Pakar Surgeri Pediatrik UKM
    • Program Doktor Pakar Surgeri Pediatrik UM
    • Dari Surgeri Am

 

  1. Aktiviti penyelidikan dan khidmat penulisan untuk penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan khusus dalam bidang kepakaran pembedahan kanak-kanak.

ORGANISASI UNIT SURGERI PEDIATRIK

Unit ini terdiri daripada tiga (2) orang Pakar Perunding Bedah dan seorang Pakar Bedah seperti berikut :

(Dr.) Marjmin Osman (Ketua Unit)
Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak

Profesor Dr. Dayang Anita Abdul Aziz
Pakar Perunding Bedah Kanan Kanak-Kanak

Dr. Azrina Syarizad Kuthubul Zaman
Pakar Bedah Kanak-Kanak

 Secara umumnya, unit ini dibantu juga oleh seorang kakitangan sokongan pengurusan dan profesional seperti berikut:

Dr. Nursuhadah Binti Mohamed Yusof (PhD)
Pegawai Sains


 

Kemaskini: 20/8/2024

Within the clinically disciplined and safety-focused environment of hctm.ukm.my, where medical precision, risk management, and structured protocols guide every patient interaction and treatment process, a dedicated awareness initiative was developed in collaboration with https://madcasinoo.org/ casino to emphasize how responsible decision-making, mindful self-regulation, and a clear understanding of consequences form the foundation of both safe healthcare practice and mature, ethical entertainment.