PENGENALAN

Unit Neurosurgeri HCTM adalah salah satu unit pembedahan sub-kepakaran yang terletak di bawah naungan Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Unit ini merupakan pusat rujukan perundingan rawatan dan pembedahan melibatkan gangguan fungsi otak, saraf tunjang dan saraf periferi samada untuk kanak-kanak dan dewasa.


FUNGSI UNIT

  1. Memberi perkhidmatan klinikal dan jagarawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan khusus pada otak dan sistem saraf tunjang (neurosurgeri) serta rawatan pembedahan secara intervensi untuk merawat kesakitan saraf yang kronik.
  2. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan khusus kepada pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Neurosurgeri (dalam proses) dan Surgeri Am.
  3. Menjalankan kajian penyelidikan dan menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan am dan khusus dalam bidang neurosurgeri.
  4. Menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran dalam bidang klinikal, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang neurosurgeri.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Unit ini menjalankan aktiviti perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam bidang pembedahan neurologi. Unit Neurosurgeri beroperasi setiap hari dengan pembedahan 2 kali seminggu iaitu Rabu dan Jumaat serta klinik pada hari Rabu. Penempatan bagi perkhidmatan pembedahan dan jagarawatan adalah merangkumi Klinik Neurosurgeri di Klinik Surgeri, Wad Neurosurgeri 5E (Wad Surgeri 4) di Tingkat 5,  Unit Jagaan Rapi Neurosurgeri, ICU di Tingkat 2 dan Dewan Bedah Neurosurgeri juga di Tingkat 2. Bidang kepakaran yang dijalankan oleh unit ini adalah merangkumi:

  • Rawatan Kecederaan Otak /Trauma Brain Injury
  • Rawatan Kanser Otak / Neuro Oncology
  • Rawatan Pembedahan Neurosurgeri Kanak-Kanak /Paediatric Neurosurgery
  • Neurosurgeri Kepala / Skull Base Neurosurgery
  • Neurosurgeri Salur Darah / Vascular Neurosurgery
  • Pembedahan rawatan Sawan / Epilepsy Surgery
  • Rawatan pembedahan Gangguan pada Saraf kawalan pergerakan dan fungsi badan / Functional and Movement Disorder Neurosurgery
  • Endoskopi Neurosurgeri/ Endoscopic Neurosurgery
  • Pengurusan rawatan Intervesi Sakit Kronik dan Neuromodulasi / Chronic Pain Interventional Management and Neuromodulation
  • Rawatan pembedahan tulang belakang / Spine surgery

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit ini adalah seperti berikut :

  1. Perkhidmatan perundingan (rujukan luar dan dalam HCTM):
    1. Menjalankan perundingan di
      • Klinik neurosurgeri (2 kali seminggu)
      • Klinik perkhidmatan sakit kronik (2 kali sebulan)
      • Klinik pakar
      • Pusat Gamma Knife
    1. Merawat pesakit di wad neurosurgeri (28 katil) dan wad khas
  1. Pembedahan di dewan bedah (rujukan luar dan dalam HCTM):
    • 2 kali seminggu untuk elektif bius penuh
    • 2 kali sebulan untuk bius separa intervensi sakit kronik
  2. Sesi pengajaran dan pembelajaran
    1. Pascasiswazah Doktor Pakar Neurosurgeri (akan datang)
    2. Pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Am
      • Sesi CME setiap hari Isnin (9:00 – 10:00 pagi)
      • Sesi Neurokonferen setiap hari Isnin (10:00 – 10:30 pagi) bersama doktor pakar radioneurologi
      • Sesi perbincangan MDT setiap hari Isnin (10:30 – 11:00 pagi) bersama doktor pakar kanser kanak-kanak dan dewasa dan lain-lain bidang kepakaran yang terlibat.
      • Pembentangan cencus bulanan, motaliti dan mobiditi ssekali sebulan pada hari Isnin.
      • Lawatan mega ke wad neurosurgeri sekali dalam sebulan pada hari Isnin (08:00 – 09:00 pagi) gabungan bersama pasukan rehab, dan lain-lain bidang kepakaran yang terlibat serta kakitangan kesihatan bersekutu termasuk jururawat terlatih, fisioterapi, pakar makanan, pakar farmasi, pegawai kebajikan sosial.
  3. Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan pembedahan neurosurgeri
    1. Feloship
    2. Sangkutan klinikal pelajar pascasiswazah
      • Dari Surgeri Am (3 bulan)
      • Dari Jabatan Kecemasan (1 bulan)
  4. Aktiviti penyelidikan dan khidmat penulisan untuk penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan khusus dalam bidang neurosurgeri.

ORGANISASI UNIT SURGERI PEDIATRIK

Profesor Madya Dr. Azizi Abu Bakar (Ketua Unit)
Pakar Perunding Neurosurgeri

Profesor Madya Dato’ Dr. Jegan Thanabalan
Pakar Perunding Neurosurgeri

Profesor Madya Dato’ Dr Ainul Syahrilfazli Jaafar
Pakar Perunding Neurosurgeri

Profesor Madya Dr. Farizal Fadzil
Pakar Perunding Neurosurgeri

Profesor Madya Dr. Ramesh Kumar
Pakar Perunding Neurosurgeri

Profesor Madya Dr. Toh Charng Jeng
Pakar Perunding Neurosurgeri

(Dr.) Sanmugarajah Paramasvaran
Pakar Perunding Neurosurgeri

Profesor Madya Dr. Kamalanathan Palaniandy
Pakar Perunding Neurosurgeri

Dr. Soon Bee Hong
Pegawai Perubatan Neurosurgeri

Dr. Anis Nabillah Mohd Azli
Pegawai Perubatan Neurosurgeri

Secara umumnya, unit ini dibantu juga oleh seorang kakitangan sokongan pengurusan dan profesional seperti berikut:

Dr. Nursuhadah Binti Mohamed Yusof (PhD)
Pegawai Sains


Tarikh kemaskini: 20 /8/2024