PENGENALAN
Unit Kardiotorasik Surgeri menawarkan perkhidmatan pembedahan dan jagarawatan bagi penyakit jantung dan paru-paru. Beroperasi di bawah Jabatan Surgeri, Unit ini menjalankan aktiviti perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam bidang pembedahan kardiotorasik. Unit Kardiotorasik Surgeri beroperasi setiap hari dengan pembedahan 3 kali seminggu iaitu Isnin, Selasa dan Khamis dan klinik pada hari Rabu. Penempatan bagi perkhidmatan pembedahan dan jagarawatan penyakit jantung dan paru-paru Unit Kardiotorasik Surgeri adalah merangkumi Klinik Kardiotorasik di Klinik Perubatan 1, Wad Kardiotorasik 5G di tingkat 5, Unit Jagaan Rapi Kardiotorasik (CICU) di tingkat 2 dan Dewan Bedah Kardiotorasik 7 juga di tingkat 2. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit ini adalah seperti berikut:
- CABG,
- Lobectomy,
- Thoracotomy,
- VATS,
- Mediastinal scope,
- PDA ligation,
- VSD,
- Lung lavage,
- Excision biopsy,
- Sternotomy,
- Wound debriment,
- Bullectomy,
- Valves replacent and repair surgery,
- Aortic Aneurysym,
- Thymectomy
Selain daripada itu juga, Unit ini juga menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajar pra-siswazah, pasca siswazah dan kakitangan yang terlibat dengan Unit ini secara komprehensif.
Antara objektif unit adalah seperti berikut:
- Menyediakan perkhidmatan jagarawatan pesakit pembedahan jantung dan paru-paru yang komprehensif di Pusat Perubatan UKM.
- Menjadi sebuah unit dalam bidang rawatan, latihan kepakaran, pembedahan dan penyelidikan penyakit jantung dan paru-paru.
PERKHIDMATAN
1) Klinikal
- Mengadakan klinik untuk pesakit luar dan pemeriksaan susulan untuk pesakit bedah kardiotorasik setiap hari Rabu bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
- Mengadakan prosedur pembedahan jantung dan paru-paru di Dewan Bedah Utama bilik 7 setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis.
- Menyediakan bengkel dan kursus untuk kakitangan jururawat seperti CNE dan untuk kakitangan perfusionist dari semasa ke semasa.
2) Akademik
- Terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar prasiswazah dan pascasiswazah seperti CME, CPC dan lain-lain.
3) Khidmat Masyarakat
- Terlibat dalam program Hari Jantung Sedunia anjuran Pusat Jantung Paru-Paru bersama Unit Kardiologi Jabatan Perubatan, PPUKM.
- Terlibat dalam aktiviti Sunathon anjuran Polis Di raja Malaysia.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
INOVASI UNIT
Beberapa inovasi dan penambahbaikan telah dilaksanakan seperti berikut:
- Pamplet Informasi Pesakit Sebelum Pembedahan Jantung & Paru-Paru telah dihasilkan oleh kumpulan jururawat dari CICU.
- Pamplet Informasi Pesakit Penjagaan Sebelum dan Selepas Pembedahan Koronari Arteri Bypass Graft telah dihasilkan oleh kumpulan jururawat dari Wad Kardiotorasik 5G.
AKTIVITI MINGGUAN UNIT
|
HARI/MASA |
AKTIVITI |
||
|
0700 – 0900 |
0900 – 1300 |
1400 – 1700 |
|
|
ISNIN |
Rondaan wad |
Pembedahan | Sambungan pembedahan (jika perlu) |
|
SELASA |
Rondaan wad |
Pembedahan | |
|
RABU |
Rondaan wad (Besar-besaran) |
Klinik |
CME/CNE/ “Drug talk” |
|
KHAMIS |
Rondaan wad |
Pembedahan |
|
|
JUMAAT |
Rondaan wad (Besar-besaran) |
Aktiviti Akademik & Penyelidikan |
|
Faks : 03-91456684
Email : nursuhadah@ppukm.ukm.edu.my