Visi
Kecemerlangan dalam perawatan, pengajaran dan penyelidikan dalam surgeri.
Misi
Memberi rawatan yang profesional serta holistik kepada pesakit.
- Melahirkan doktor siswazah, pakar bedah dan penyelidik yang profesional, berintegriti, dan kompeten.
- Menjadi pakar rujuk dalam bidang klinikal serta memberi khidmat nasihat dan latihan kepada organisasi luar.
- Memperkasakan tanggungjawab sosial dalam kesejahteraan masyarakat.
- Menjadi peneraju dan perintis dalam bidang pembedahan & subkepakaran.
- Memperkukuhkan budaya penyelidikan serta memperluaskan jaringan strategi global.
- Mengamalkan nilai-nilai murni, beretika, komited serta semangat kerja berpasukan di kalangan ahli jabatan.
Objektif
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efektif berdasarkan maklumat perubatan terkini
- Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan sokongan untuk memastikan kakitangan dapat bekerja secara efektif dan pesakit mendapat rawatan yang berpatutan.
- Menjadi institusi yang unggul dalam pembelajaran dan pendidikan pelajar pra siswazah dan siswazah dalam bidang surgeri
- Menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran dan subkepakaran
- Menjadi pusat penyelidikan dan inovasi dalam bidang pembedahan
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pakar-pakar dan industri di dalam dan luar negara dalam aspek penyelidikan dan inovasi.