PENGENALAN JABATAN        

Jabatan Surgeri merangkumi 10 unit, iaitu Unit Kolorektal, Unit Vaskular, Unit Upper Gastrointestinal, Unit Hepatobiliari, Unit Endokrin dan Payudara, Unit Urologi, Unit Neurosurgeri, Unit Plastik Surgeri, Unit Surgeri Pediatrik, dan Unit Kardiotorasik. Semua unit di jabatan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan klinikal di Klinik Surgeri yang terletak di Tingkat Bawah, Blok Klinikal HCTM, serta menjalankan pembedahan dalam bidang masing-masing di dewan bedah yang terletak di Aras 2, Blok Klinikal HCTM. Jabatan juga memainkan peranan dalam pengajaran pelajar prasiswazah Sarjana Perubatan dan pascasiswazah Sarjana Surgeri.

Di samping itu, jabatan turut terlibat dalam pengajaran kepada prasiswazah Sarjana dan Diploma Kejururawatan serta pelajar pascasiswazah Jabatan lain seperti Jabatan Onkologi, Jabatan Kesihatan Keluarga dan Jabatan Perubatan Kecemasan.