Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efektif berdasarkan maklumat perubatan terkini agar pesakit mendapat perawatan yang optimum.
  2. Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan yang cekap dan memastikan peralatan dan infrastruktur yang sesuai supaya kakitangan dapat bekerja secara efektif dan pesakit mendapat rawatan yang berpatutan
  3. Menjadi institusi yang unggul dalam pembelajaran dan pendidikan pelajar pra-siswazah dan siswazah dalam bidang surgeri
  4. Menjadi pusat latihan pilihan kepakaran tertinggi kepada pakar-pakar surgeri terlatih dengan menjadi pusat rujukan bagi negara dan kawasan serantau.
  5. Menyemai kesedaran tentang kepentingan inovasi dan penyelidikan serta menggalakkan penggunaan pengetahuan tersebut di dalam praktis klinikal.
  6. Bekerjasama dengan para saintis, pakar klinikal lain serta industri yang berkaitan di dalam bidang penyelidikan untuk mengembangkan ilmu dan inovasi dalam bidang surgeri dan sub-kepakaran yang berkaitan.