Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Intervensi Kesakitan Kronik 2022 dan Majis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Korean Pain Society dan Daradia The Pain Clinic, India
Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Intervensi Kesakitan Kronik 2022 dan Majis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Korean Pain Society dan Daradia The Pain Clinic, India telah diadakan pada 9 Disember 2022 di Connexion Hall, Level 3A, Nexus Bangsar South Kuala Lumpur. Simposium Antarabangsa Intervensi Kesakitan Kronik 2022 anjuran Jabatan Surgeri HCTM dengan kerjasama Persatuan Pengamal Perubatan Kesakitan Kronik (MSIPP) adalah wadah pakar-pakar bertauliah dalam bidang kesakitan kronik memberikan sesi ceramah tentang maklumat dan teknologi terkini dalam meningkatkan kemahiran memberi perawatan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM.






