PENGENALAN

Unit Surgeri Hepatobiliari dan Pankreatik (Unit Surgeri HPB) adalah salah satu unit surgeri am yang terletak di bawah naungan Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Unit Surgeri HPB ini adalah salah satu cabang pembedahan am yang merawat penyakit rumit berkaitan dengan organ hati, pankreas, pundi hempedu, dan sistem biliari manusia dewasa (lihat rajah di bawah). Unit ini menawarkan perkhidmatan klinikal iaitu perundingan kepakaran di klinik surgeri, pusat endoskopi dan pembedahan di dewan bedah utama, serta melaksanakan jagarawatan kepada pesakit di wad surgeri. Kesemua perkhidmatan ini dijalankan sepenuhnya di Blok Klinikal Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Pakar bedah HPB juga bekerjasama dengan pakar-pakar lain dalam bidang onkologi (kanser), gastroenterologi (perut dan sistem pencernaan), radiologi dan anestesiologi (bius) untuk memastikan penjagaan dan hasil yang terbaik untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit.


SENARAI KAKITANGAN UNIT SURGERI HEPATOBILIARI DAN PANKREATIK

Unit ini terdiri daripada tiga (3) orang Pakar Perunding Bedah dan tiga (3) orang Pakar Bedah seperti berikut :

a)  Profesor Madya Dr. Zamri Bin Zuhdi (Ketua Unit) –  Pakar Perunding Bedah

b)  Profesor Dato’ Dr. Razman Bin Jarmin Pakar Perunding Bedah Kanan

c)  Profesor Madya Dr. Azlanudin Bin AzmanPakar Perunding Bedah

d)  Dr. Chik Ian Pakar Bedah

e)  Dr. Fahrol Fahmy Bin JaafarPakar Bedah

f)  Dr. Boo Han SinPakar Bedah

Secara umumnya, unit ini dibantu juga oleh seorang kakitangan sokongan pengurusan dan profesional seperti berikut:

a)  Dr. Nursuhadah Binti Mohamed Yusof (PhD)Pegawai Sains

 


CARTA ORGANISASI UNIT HEPATOBILIARI DAN PANKREATIK

 

 

FUNGSI UNIT

  1. Memberi perkhidmatan klinikal dan jagarawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan am khusus pada sistem hepatobiliari (hati, saluran dan pundi hempedu) dan pankreas.  
  2. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan am kepada pelajar prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan dan pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Am. 
  3. Menjalankan kajian penyelidikan dan menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan am khusus pada hepatobiliari dan pankreas.
  4. Menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran dalam bidang klinikal, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pembedahan hepatobiliari dan pankreas.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Perkhidmatan perundingan (rujukan luar dan dalam HCTM):
    1. Rundingan di klinik surgeri dan klinik pakar  
    2. Merawat pesakit di wad surgeri
  2. Pusat endoskopi (rujukan luar dan dalam HCTM):
    1. OGDS     
    2. Kolonoskopi     
    3. Sigmoidoskopi    
    4. ERCP       
    5. Stenting -biliary, pancreatic, duedonal
  3. Pembedahan di dewan bedah (rujukan luar dan dalam HCTM) adalah merangkumi semua prosedur berikut: 
    1. Pembedahan am:
      1. hernia
      2. pembedahan benjolan atau pembekakan disebabkan kehadiran tisu tidak normal
    2. Pembedahan kanser dan bukan kanser pada organ pankreas seperti:
      1. Whipple’s 
      2. Distal pancreatectomy 
      3. Puestows operation
      4. Freys operation
    3. Pembedahan kanser dan bukan kanser pada organ hati seperti:
      1. Hepatectomy –left, right, segmental, wedge, central dissection, open, laparoscopic 
      2. Hepaticojejunostomy
    4. Pembedahan kanser dan bukan kanser pada organ hati seperti:
      1. Cholecystectomy – laparoscopic, open
      2. CBD exploration
      3. Bile duct excision
      4. Excision of choledochal cyst
      5. Radiofrequency ablation  
  4. Sesi pengajaran dan pembelajaran
    1. Pelajar Prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan
    2. Pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Am
  5. Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan pembedahan hepatobiliari dan pankreas
    1. Fellowship
    2. Sangkutan klinikal pelajar pascasiswazah
  6. Aktiviti penyelidikan dan khidmat penulisan untuk penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan am khusus pada hepatobiliari dan pankreas.

AKTIVITI MINGGUAN UNIT


GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN SURGERI HEAPTOBILIARI & PANKREATIK

a. Klinik Surgeri, HCTM

     Hari Operasi : Setiap hari Rabu
     Waktu Operasi : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
     Tempat : Klinik Surgeri, Tingkat Bawah Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz

b. Klinik Pakar UKM, UKM Kesihatan

      Hari Operasi : Setiap hari Khamis (Prof Dato’ Dr Razman Jarmin & Prof Madya Dr Azlanudin Azman)
      Waktu Operasi : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
      Tempat : Klinik Surgeri, Tingkat 7 Blok Klinikal, UKM Kesihatan

      Hari Operasi : Setiap hari Jumaat ( Prof. Madya Dr. Zamri Zuhdi)
      Waktu Operasi : 2.00 – 5.00 petang
      Tempat : Klinik Surgeri, Tingkat 7 Blok Klinikal, UKM Kesihatan

c. Garis Panduan Umum Klinik

  1. Memastikan setiap rujukan baru diberikan perhatian sewajarnya bergantung kepada kategori rujukan. 
  2. Setiap pesakit menerima nasihat yang sewajarnya berdasarkan bukti berasaskan penyakit.
  3. Setiap pesakit menerima rawatan yang optimum, berkualiti dan selamat. 
  4. Setiap pesakit ulangan menerima rawatan yang sepatutnya semasa membuat rawatan ulangan.

d. Prosedur Rujukan dan Kes Baru

  1. Klinik HPB menerima rujukan dari pusat perubatan luar, jabatan lain di HCTM, dan juga rujukan dalaman dari unit-unit di Jabatan Surgeri.
  2. Setiap rujukan baru akan disahkan penerimaannya oleh jururawat yang bertugas di bilik Jururawat Klinik Surgeri. 
  3. Setiap rujukan baru akan diteliti oleh Pakar yang menjaga unit untuk menentukan status rujukan. Status rujukan dikategorikan sebagai:
    • Segera – temujanji diberikan dalam jangka masa seminggu dari tarikh penerimaan surat rujukan. 
    • Separa segera – temujanji diberikan dalam jangka masa dua minggu dari tarikh surat rujukan diterima.
    • Tidak segera – temujanji diberikan dalam jangka masa satu bulan dari tarikh surat rujukan diterima.
    • Setiap pesakit baru akan dihubungi oleh Jururawat Klinik untuk memaklumkan tarikh temujanji di klinik surgeri am. 
    • Setiap pesakit baru didaftarkan di kaunter pendaftaran Klinik Surgeri Am semasa pesakit hadir untuk temujanji. 

e. Sesi Klinik Kes Temujanji Baru

       i. Setiap kes baru akan diperiksa oleh Pakar bertugas atau Pegawai Perubatan dibawah pengawasan Pakar yang bertugas. 
      ii. Masa yang diperuntukkan untuk sesi perundingan bagi kes baru adalah di antara 20 hingga 40 minit. 
     iii. Ujian yang diperlukan akan ditentukan semasa sesi perundingan dilakukan. 
     iv. Setiap pesakit baru akan dimasukkan ke wad jika memerlukan ujian atau rawatan segera.
      v. Tarikh temujanji yang baru akan diberikan di akhir sesi perundangan.
     vi. Rawatan atau perundingan yang diberikan boleh dilakukan oleh mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik tersebut.
    vii. Carta alir proses temujanji baru di Klinik HPB:

 

f. Sesi Klinik Kes Temujanji Ulangan

      i. Setiap kes temujanji ulangan akan diperiksa oleh Pakar bertugas atau Pegawai Perubatan dibawah pengawasan Pakar yang bertugas.
     ii. Masa yang diperuntukkan untuk kes ulangan adalah di antara 20 hingga 40 minit. 
    iii. Ujian yang diperlukan akan ditentukan semasa sesi perundingan dilakukan. 
    iv. Setiap pesakit baru akan dimasukkan ke wad jika memerlukan ujian atau rawatan segera.
     v. Tarikh temujanji yang baru akan diberikan di akhir sesi perundangan.
    vi. Rawatan atau perundingan yang diberikan boleh dilakukan oleh mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik tersebut.

 

 

 


 

Tarikh kemaskini: 20 Ogos 2024