10th Hands-On Laparoscopic Cholecystectomy Workshop
10th Hands-On Laparoscopic Cholecystectomy Workshop akan diadakan pada 28 February 2022, jam 8.00 pagi di Dewan Bedah HCTM. Program ini adalah anjuran Unit Surgeri Hepatobiliari dan Pankreatik UKM dengan kerjasama syarikat Johnson & Johnson untuk mengasah kemahiran semua pelatih pakar bedah surgeri am khusus kepada kaedah pembedahan lubang kekunci untuk merawat dan mengeluarkan pundi hempedu yang telah rosak. Bengkel ini diharapkan dapat melahirkan pakar bedah surgeri am yang kompeten dan berkualiti selaras dengan objektif hospital dan universiti dalam melahirkan bakat berkemahiran dan menyampaikan ilmu kemahiran dengan berterusan.
