Jabatan ini menyediakan perkhidmatan psikiatri menerusi klinik pesakit luar, dua wad psikiatri (setiap wad boleh memuatkan 28 pesakit) dan High Dependency Unit yang mempunyai 6 katil untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi. Malah, terdapat dua unit khas yang dinamakan Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja (UPKR) dan Unit Psikiatri Komuniti & Intervensi Psikososial (UPKIP).

Perkhidmatan lain yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar, termasuk kemudahan secara maya
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
  • Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
  • Perkhidmatan Psikologi Klinikal
  • Perkhidmatan Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
  • Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif
  • Perkhidmatan Psikoterapi
  • Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas
  • Perkhidmatan Kaunseling
  • Perkhidmatan Pemulihan Carakerja dan Rehabilitasi