Workshop on Vaginismus Updates on Management
Pada 29 Jun 2018 yang lepas, satu bengkel yang bertajuk `Vaginismus Updates on Management` telah dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri di Dewan Kuliah 1, Blok Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Penceramah bengkel ini terdiri daripada Prof. Madya Dr. Azlin Baharudin, Prof. Dr. Hatta Sidi, Dr. Umi Adzlin Silim (HKL), Dr. Nora Mat Zin (UIA), Puan Norazlina (HKL), dan Dr. Shalisah Sharip. Bengkel ini membincangkan tentang apakah itu vaginismus, neurobiologi vaginismus, isu menguruskan vagisnismus: perspektif klinikal, 10 prinsip pengurusan vaginismus, dan kelakuan kognitif vaginismus. Seramai 60 orang peserta telah menyertai bengkel ini bagi mendapatkan maklumat terkini tentang `vaginismus`



