Seminar Kesihatan Mental dan Pekerjaan

13 Mar 2019

Pada 6 Mac 2019 yang lalu, Jabatan Psikiatri telah mengadakan Seminar Kesihatan Mental dan Pekerjaan bagi memberi pendedahan kepada peserta seminar ini tentang pentingnya isu kesihatan mental pada masa kini. Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung. 

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental.

Cuma yang malangnya, masih ramai tidak faham mengenai penyakit ini terutamanya dari segi istilah ‘kecelaruan mental lazim’, punca serta akibat yang mungkin berlaku di samping mengenal pasti gejala awal penyakit mental yang utama.

Dalam masa yang sama masih wujud stigma yang menebal berkait dengan penyakit mental dari sudut budaya yang dibentuk oleh kepercayaan karut serta tanggapan salah. (Kosmo! Online, April 2018)

Seramai 120 orang peserta yang menyertai seminar ini. Ceramah disampaikan oleh Dr. Shalisah Sharip, (Pakar Psikologi Klinikal, Jabatan Psikiatri, PPUKM), Prof. Dr. Marhani Midin, Prof. Madya Dr. Azlin Baharudin, Prof. Madya Dr Wan Salwina Wan Ismail dan Prof. Madya Dr. Nik Ruzyanei Nik Jaafar (Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri, PPUKM). Antara topik ceramah yang disampaikan adalah Stress Pekerjaan, Tips Mengendalikan Pesakit Bermasalah, Bagaimana Menangani Stress semasa Anda Mengalami Masalah Mental dan lain-lain.

Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan para peserta berharap program sebegini dapat dijalankan lagi untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya kesihatan mental.

   

Search

+