Selamat Hari Bipolar Sedunia
Gangguan bipolar adalah penyakit kesihatan mental yang menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan mood melampau sama ada terlalu gembira atau terlalu sedih. Sempena Hari Bipolar Sedunia yang jatuh pada 30 Mac setiap tahun, mari bersama-sama tingkatkan kesedaran dan hapuskan stigma sosial terhadap pesakit ini.
