PROGRAM ONE MOMENT FOR THEM DI JABATAN PSIKIATRI, PPUKM

30 Oct 2017

Pada 04 September 2017 yang lalu, sebuah badan NGO One Moment For Them telah membuat satu program di Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM.

Program yang melibatkan organisasi sukarelawan ini terdiri daripada beberapa orang artis tanah air seperti Aizat Amdan, Noh Salleh, Mizz Nina dan Faizal Tahir telah diadakan di ruang makan Wad Psikiatri.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan pesakit psikiatri dan kakitangan yang bekerja pada hari raya Aidiladha khasnya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut adalah melawat pesakit, memberikan `goodies` kepada pesakit dan kakitangan serta membuat persembahan kepada pesakit dan kakitangan. Sebelum aktiviti diadakan, perbincangan kecil telah diadakan di antara pihak jabatan dan  krew One Moment for Them. Pihak jabatan mengharapkan supaya program kolaborasi seperti ini boleh diadakan lagi bagi memberikan sokongan moral kepada staf-staf wad dan pesakit-pesakit.

Search

+