Program KEMBARA di SK Taman Midah 2, Cheras
Pada 29 Mac yang lalu, Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja (UPKR) telah menjalankan program KEMBARA di SK Taman Midah 2, Cheras. Seramai 90 orang murid telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran emosi dan bersosial dalam dalam kalangan murid-murid di SK Taman Midah 2.Program ini dijalankan selama setengah hari dari pukul 9.00 pagi – 1.00 petang.



