Perkongsian Pengalaman oleh Madam Sukhee Lee daripada WHOCC, Yongin Mental Hospital, South Korea

30 Oct 2018

Pada 6 Ogos 2018, Jabatan Psikiatri telah menjemput Puan Sukhee Lee daripada `Psychosocial Rehabilitation and Community Mental Health, Yongin Mental Hospital, Korea` untuk membuat perkongsian pengalaman beliau dalam layanan berkualiti terhadap pesakit psikiatri mengikut `Quality Rights Guideline` yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Setibanya beliau di Jabatan Psikiatri, beliau dibawa melawat ke Unit Komuniti dan Intervensi Psikiatri, Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja,  serta Wad Lelaki dan Perempuan Psikiatri. Seusainya dibawa melawat ke tempat-tempat tertentu, beliau dibawa ke bilik mesyuarat Jabatan Psikiatri untuk sesi perkongsian pengalaman dan disertai dengan sesi soal jawab.  

Search

+