Pengurusan Stress di Tempat Kerja
CHERAS, 25 September 2018 – Jabatan Psikiatri mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Pengurusan Stress di Tempat Kerja berikutan masalah stress yang makin meningkat melanda rakyat Malaysia. Prof. Dr. Marhani Midin, Ketua Jabatan Psikiatri ketika upacara perasmian seminar tersebut berkata “Seminar ini perlu dihadiri oleh rakyat Malaysia yang bekerja untuk mendedahkan kepada mereka tentang bahaya stress dan cara-cara yang betul menanganinya.” Pelbagai topik yang telah dibincangkan dalam seminar ini seperti Work Stress, Managing of Work, Defensive Flexibility, Spiritual Intervention dan Dealing with Difficult Person. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh pakar psikologi iaitu Dr Shalisah Sharip (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan dua orang pakar psikiatri iaitu Dr. Ahmad Nabil Rosli (Universiti Islam Antarabangsa) dan Prof. Madya Dr. Fairuz Nazri Abd Rahman (Universiti Kebangsaan Malaysia). Salah seorang peserta iaitu kakitangan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia berkata “Program ini sangat memberi manfaat kepada kami dengan memberi pendedahan kepada kami tentang apakah itu stress, tahap stress dan cara-cara menangani stress. Diharapkan program seumpama ini boleh dijalankan pada masa akan datang.”




