Parenthood: Challenges & Resilience in Mental Health 2019
Pada 25 Julai 2019, Jabatan Psikiatri telah mengadakan program Bengkel Parenthood: Challenges & Resilience in Mental Health 2019. Seramai 60 orang peserta yang menyertai bengkel ini. Bengkel parenting ini telah dilaksanakan bermula tahun 2017 dan 2018. Bengkel ini menerapkan ilmu berhubung kekeluargaan secara berterusan dan effektif di samping memupuk nilai-nilai murni dalam institusi kekeluargaan. Bengkel ini dilaksanakan seiring keperluan institusi pada masa ini yang mempunyai rentetan masalah yang perlu di atasi bersama dengan Pakar Psikiatri dalam mengenali emosi kanak-kanak dan remaja dan sekaligus menangani masalah yang dihadapi oleh ibu bapa, guru dan juga doktor.




