MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change
Dengan sukacitanya, semua warga HCTM dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 anjuran Jabatan Psikiatri, HCTM.
📅 Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Auditorium HCTM, UKM
Pelbagai pengisian menarik menanti anda, termasuk forum dan ceramah umum khas yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental serta mewujudkan persekitaran yang lebih prihatin, memahami dan menyokong antara satu sama lain.
Jom bersama-sama kita dengar, fahami dan raikan setiap suara demi kesejahteraan mental yang lebih baik.
Kehadiran dan sokongan semua warga HCTM amatlah dialu-alukan.