Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia & Pelancaran Unit TULUS & KASIH
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz akan mengadakan satu majlis yang bertajuk “Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia & Pelancaran Unit TULUS & KASIH“. Mohon bantuan tuan/puan untuk kemaskini laman sesawang Jabatan Psikiatri HCTM dengan maklumat seperti di bawah:
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 yang bakal diadakan pada bulan Oktober 2025. Jabatan Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan sebuah majlis yang bertajuk “Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia & Pelancaran Unit TULUS & KASIH” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan, HCTM
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan, HCTM
Diharap pihak YBhg. Prof/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dapat meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Puan Noor Zuraida Hassan@Adnan di talian 03 9145 5178. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, berhubung perkara di atas amatlah dihargai.
Terima kasih
