JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR KESIHATAN MENTAL “JIWA YANG TERLUKA: MEMAHAMI TRAUMA, ADHD DAN BORDERLINE PERSONALITY DISORDER ”
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 yang bakal diadakan pada bulan Oktober 2025. Jabatan Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan sebuah webinarbertajuk “Jiwa Yang Terluka: Memahami Trauma, ADHD dan Borderline Personality Disorder”yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Atas Talian (Platform Zoom)
- Diharap pihak YBhg. Prof/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dapat melakukan pra-pendaftaran kehadiran menerusi imbasan QR atau pada pautanhttps://tinyurl.com/DaftarwebPreMHD2025 . Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Puan Noor Zuraida Hassan@Adnan di talian 03 9145 5178. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, berhubung perkara di atas amatlah dihargai.