Debate Day: `Antipsychotics are Useful in Dementia Patients`
Pada 26 Jun 2018, aktiviti perdebatan telah diadakan di Jabatan Psikiatri yang bertajuk Debate Day: `Antipsychotics are Useful in Dementia Patients` yang disertai oleh tiga orang pendebat yang terdiri daripada pelajar doktor pakar psikiatri iaitu Dr. Chia, Dr. Norhajar dan Dr. Benedict manakala penilai terdiri daripada Prof. Dr. Hatta Sidi, Prof. Dr. Srijit Das, Prof. Dr. Hatta Shaharom, Dr. Hazli Zakaria dan Dr. Haslina Mahadzir. Perdebatan ini membincangkan tentang sama ada ubat `antipsychotics` berguna untuk pesakit dementia atau tidak. Banyak input yang telah dikongsikan oleh para pendebat tentang kebaikan dan keburukan ubat `antipsychotics` kepada para penonton debat tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan sekali lagi pada masa akan datang.


