Bengkel Intermediate Dialectical Behavior Therapy
Pada 17 – 19 Jun 2019 yang lalu, Jabatan Psikiatri bersama dengan Malaysian Society of Clinical Psychology telah menjalankan program `Intermediate DBT Training Workshop` untuk melatih melatih pakar-pakar Psikiatri, Psikologi, Kaunselor, pegawai perubatan, psikologi, pelatih pakar Psikiatri dan Psikologi untuk memahami konsep `Dialectical Behavior Therapy (DBT)` sebagai salah satu kaedah intervensi psikologi `evidence based` dan menggunakan teknik ini untuk tujuan klinikal dan juga kajian dengan pengetahuan dan skil yang diperolehi. Seramai 43 orang peserta yang telah menyertai bengkel ini. Pelbagai teori yang disampaikan oleh pihak penceramah dan `role-play` yang telah dilakukan oleh peserta bagi memastikan pihak peserta mendapat kefahaman yang mendalam tentang DBT. Objektif program ini telah disambut baik oleh para peserta dan berharap bengkel lanjutan daripada bengkel ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.







