Bengkel Dialectical Behaviour Therapy (DBT)

13 Mar 2019

Pada 8-9 Mac 2019 yang lalu, Jabatan Psikiatri telah menganjurkan bengkel Dialectical Behaviour Therapy. Objektif program ini dijalankan adalah untuk melatih pakar-pakar Psikiatri dan Psikologi, kaunselor, pegawai perubatan, pegawai psikologi, pelatih Psikiatri dan Psikologi untuk memahami konsep `Dialectical Behavior Therapy (DBT)` sebagai salah satu kaedah intervensi psikologi `evidence based` dan menggunakan teknik ini untuk tujuan klinikal dan juga kajian dengan pengetahuan dan skil yang diperolehi. Seramai 35 peserta yang menyertai bengkel ini. Ceramah disampaikan oleh Dr. Keng Shian Ling, salah seorang pensyarah di Yale-NUS College, Singapura. Terdapat banyak input yang telah diberi oleh penceramah kepada para peserta. Diharapkan program ini akan memberikan input-input yang sangat berguna kepada semua peserta dan hasil daripada program ini mampu menjadi salah satu program yang mampu memberi manfaat kepada pesakit-pesakit Psikiatri yang memerlukan kaedah rawatan ini.   

Search

+