A.B.B.A WORKSHOP
Pada 12 Disember 2017 yang lalu, Jabatan Psikiatri HCTM, PPUKM telah menganjurkan “A.B.B.A Workshop, Adult ADHD: antidote to the skeptics”. Bengkel ini telah membariskan panel-panel yang terdiri daripada pakar psikiatri iaitu Prof. Madya Dr. Wan Salwina Wan Ismail (PPUKM), Prof. Madya Dr. Aili Hanim Hashim (PPUM), Prof. Madya Dr. Stephen Thevananthan Jambunathan (PPUM) dan Dr. Hazli Zakaria (PPUKM). Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk membincangkan masalah, perkongsian, cabaran dan penyelesaian kepada penyakit ‘Adult ADHD’. Bengkel ini yang bertempat di Dewan Kuliah, Bangunan Praklinikal PPUKM telah dihadiri oleh peserta-peserta yang terdiri daripada pakar psikiatri, pensyarah, doktor perubatan, dan pelajar pascasiswazah.