Lawatan MIASA ke Unit Psikiatri Komuniti dan Intervensi Psikososial (UPKIP) , Jabatan Psikiatri

14 Feb 2019

Pada 22 Januari 2019 yang lalu, pihak Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) bersama Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan telah melawat UPKIP bagi memberikan semangat kepada pesakit-pesakit psikiatri di samping menyambut Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 5 & 6 Februari 2019 ini bersama pesakit-pesakit. Lawatan tersebut telah disambut baik oleh Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid dan Ketua Jabatan Psikiatri, Prof. Dr. Marhani Midin. Lawatan ini terisi dengan ucapan daripada Prof. Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid, ucapan daripada Prof. Dr. Marhani Midin,  ucapan daripada pengerusi MIASA iaitu Puan Anita Abu Bakar, persembahan daripada pesakit-pesakit, cabutan bertuah, persembahan istimewa daripada artis jemputan, Naim Daniel bagi menghiburkan para hadirin yang hadir memeriahkan lawatan tersebut. Prof. Dr. Marhani Midin berkata lawatan seperti ini mampu membuka mata masyarakat luar tentang kesihatan mental dan betapa pentingnya sokongan daripada golongan ternama dan golongan yang berkepentingan bagi pesakit-pesakit psikiatri untuk mempromosikan kepentingan kesihatan mental kepada rakyat Malaysia.    

 

Search

+