Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019
Tanggal 10 Oktober 2019, adalah Hari Kesihatan Mental bagi seluruh dunia. Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Hari Kesihatan Mental Sedunia meraikan kesedaran untuk komuniti global dengan cara yang empati, dengan suara yang menyatukan, membantu orang merasakan harapan dengan memberi tujuan kepada mereka untuk mengambil tindakan dan mewujudkan perubahan yang berpanjangan. Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) menyambut baik inisiatif ini bagi membantu rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kesihatan mental dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan mental lantas mengurangkan stigma rakyat Malaysia tentang kesihatan mental. Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 PPUKM telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital HCTM, Prof. Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid. Program ini telah disertai oleh 250 orang peserta yang terdiri daripada warga HCTM dan orang luar. Program ini melingkupi Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia, Bengkel Gatekeeper dan Continuous Nursing Education.




