Seminar Stres & Kesihatan Mental
Pada 17 April 2019 yang lalu, Jabatan Psikiatri telah mengadakan program Seminar Stres & Kesihatan Mental. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, latihan dan penerangan dengan lebih lanjut kepada peserta dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan mengenalpasti teknik-teknik pengurusan stres yang berkesan. Program ini telah dihadiri oleh 160 peserta yang terdiri daripada kakitangan pelaksana dan pengurusan dan professional. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Shalisah Sharip, Dr. Khadijah Hasanah Abang Abdullah, Prof. Madya Dr. Nik Ruzyanei Nik Jaafar dan Dr. Rafidah Bahari. Antara tajuk ceramah yang disampaikan dalam program ini adalah Apa itu Stres?, Stres dan Kesihatan Mental, Tip Mengendalikan pesakit bermasalah & Bagaimana Menangani Stres semasa Anda Mengalami Masalah Mental? dan Agama dan Kesihatan Mental.











