Bengkel Hikikomori
Pada 14 April 2019 yang lalu, Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja telah mengadakan bengkel `A Workshop on Hikikomori` bagi memberi pencerahan dan pengetahuan tentang Hikikomori dan bagaimana untuk menguruskan penyakit tersebut. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Dr. Roseline Yong, salah seorang pensyarah di Universiti Akita, Jepun. Hikikomori adalah satu kondisi individu yang terbabit sukar untuk meninggalkan rumah ibubapa mereka dan mereka mengasingkan diri daripada masyarakat dan keluarga dalam satu bilik dalam tempoh masa yang melebihi 6 bulan. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pegawai perubatan, staf klinikal psikiatri dan pegawai-pegawai sosial.






