Bengkel Postgraduate Made Easy 2019
Pada 3-5 April 2019 yang lalu, Jabatan Psikiatri telah membuat satu inisiatif untuk mengadakan satu bengkel persiapan untuk menjalani Peperiksaan Doktor Pakar Psikiatri iaitu `Postgraduate Made Easy Workshop 2019` yang dikelolakan oleh Prof. Dr. Hatta Sidi. Program tersebut telah dihadiri oleh pelatih-pelatih USM, UM, UKM, UiTM, UIA dan UPM, Doktor Pakar Psikiatri Tahun 1 dan Tahun 3 seramai 40 orang. Pelbagai perbincangan telah dibincangkan dalam program tersebut. Antaranya ialah Discussion on How to Answer Short Notes, Discussion on How to answer Critical Review Paper, dan Discussion on Mock-MCQ paper. Ceramah juga disampaikan dalam program ini yang bertajuk `Approach in the Exam 1: How to Deal with Your Own Fear` bagi mempersiapkan pelatih untuk menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan peperiksaan yang bakal dihadapi oleh pelatih.




