Program KEMBARA Jabatan Psikiatri

14 Jan 2019

Pada 9 Oktober 2018 yang lalu, Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM bersama Pelajar Perubatan UKM Tahun 4 telah mengadakan Program KEMBARA di SRA Al Muqarrabin. Objektif program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar SRA Al-Muqarrabin kemahiran bersosial dan mengawal emosi. Seramai 123 orang pelajar yang telah menyertai program tersebut. Program ini telah disambut baik oleh pihak SRA Al Muqarrabin dan mereka berharap program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.   

Search

+