Program KEMBARA di SMK Bandar Baru Sg Long, Cheras
Pada 27 September yang lalu, Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja telah menjalankan program KEMBARA di SMK Bdr Baru Sg Long, Cheras. Seramai 80 orang murid telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal emosi dan bersosial dalam kalangan murid-murid di SMK Bdr Baru Sg Long. Program ini dijalankan selama setengah hari dari pukul 9.00 pagi – 1.00 petang.



