2017 MPA Servier Postgraduate Research Award

5 Jun 2018

Pada 20 Januari 2018 yang lalu, acara 2017 MPA Servier Postgraduate Research Award telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur. Seramai tiga orang peserta dari Pelajar Siswazah Program Doktor Pakar Psikiatri dari Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan UKM iaitu Dr Raja Lope Adam, Dr Sim Su Tein dan Dr Chhoa Keng Hong telah menyertai acara tersebut. Pelajar tersebut telah berjaya merangkul ketiga-tiga tempat teratas dalam pertandingan pembentangan kajian sesama pelajar Program Doktor Pakar Psikiatri dari universiti lain. Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut kerana mengharumkan nama Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan UKM.

 

2017 MPA Servier Postgraduate Research Award

Search

+