K-Novasi 2018
Pada 17 Januari & 18 Januari 2018 yang lalu, Pertandingan Inovasi P&P (K-Novasi 2018) anjuran Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada pukul 8.00 pagi – 5.00 petang bertemakan Pendidikan 4.0: Graduan Kalis Masa Depan. Seorang wakil dari Jabatan Psikiatri iaitu Dr. Tuti Iryani Mohd Daud telah menyertai Pertandingan Poster dalam Pertandingan K-Novasi 2018. Dr Tuti Iryani Mohd Daud telah memenangi dua pingat iaitu Pingat Gangsa dan Pingat Perak dalam pertandingan tersebut. Tajuk poster yang telah dibentangkan dalam pertandingan tersebut ialah `LESS IS MORE: CLINICAL PATIENT SUMMARY AS AN ASSESSMENT METHOD FOR UNDERGRADUATE PSYCHIATRY` dan `INSTILLING PROFESSIONALISM THROUGH MODIFIED PROJECT BASED LEARNING: A WIN-WIN STRATEGY FOR ALL`. Syabas diucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat atas sumbangan mereka dalam menginovasikan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) Jabatan Psikiatri.