BENGKEL KESEDARAN EMOSI & KOMUNIKASI EFEKTIF

8 Nov 2017

Pada 01 & 02 November 2017 yang lalu, Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan, HCTM, PPUKM telah berkesempatan untuk menganjurkan Bengkel KEKE (Kesedaran Emosi dan Komunikasi Efektif). Bengkel ini yang telah dijalankan di Bilik Kuliah, Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM telah dihadiri oleh peserta-peserta yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan HCTM, PPUKM dari pelbagai disiplin serta peserta luar.
Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan, latihan serta penerangan dengan lebih lanjut kepada kakitangan dan setiap peserta dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan mengenalpasti teknik-teknik cara menangani emosi dan komunikasi efektif dengan berkesan. Antara topik yang dibentangkan di dalam bengkel ini adalah seperti teknik dan cara menangani emosi serta teknik dan cara komunikasi efektif.
Bengkel ini yang dipengerusikan oleh Dr. Hazli Zakaria serta dibantu oleh Puan Hanieza Fadzlina telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Marhani Midin selaku Ketua Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM.

 

Search

+