PROGRAM KEMBARA ANJURAN UNIT PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA, HCTM, PPUKM BERSAMA PELAJAR SMK ALAM DAMAI
Pada 7 September 2017 yang lalu Unit Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, HCTM, PPUKM telah berkesempatan untuk membuat satu program yang dinamakan Kemahiran Emosi & Bersosial Kanak-kanak dan Remaja (KEMBARA).
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar lebih memahami emosi dan kemahiran sosial mereka. Aktiviti ni telah melibatkan 100 orang pelajar yang terpilih bersama beberapa orang kakitangan daripada Jabatan Psikiatri dan Unit UPKR. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi membantu pelajar-pelajar untuk meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan bersosial dalam kalangan pelajar. Program ini diketuai oleh oleh Prof. Madya Wan Salwina Wan Ismail, Prof. Madya Dr. Fairuz Nazri Abd Rahman dan dibantu oleh En. Ek Zakuan Kalil.