MPA-ECP-UKMMC PSYCHODYNAMIC SERIES III
Pada 25 Julai 2017 yang lalu, Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM telah menganjurkan Bengkel Psychodynamic di Jabatan Psikiatri, HCTM, PPUKM dengan kerjasama ‘Malaysian Psychiatric Association’ dan ‘Early Career Psychiatrist’. Prof. Cesar A. Alfonso telah dijemput untuk menjadi penceramah dan Dr. Hazli Zakaria sebagai pengerusi untuk bengkel ini. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pelatih psikiatri terlibat dalam bengkel ini. Antara aktiviti yang dijalankan dalam bengkel ini ialah `Case Discussion`, perkongsian tentang `Burnout and Psychodynamic Psychiatry: A Personal Experience` dan `Group Discussion` sesama peserta.