Tahniah – Pengiktirafan Pensijilan Program MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti HCTM, PPUKM telah berjaya melalui Audit Pensijilan Program MS ISO 9001:2015 pada 07 hingga 09 Mac 2018. Sehubungan dengan itu, Panel Pensijilan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah meluluskan Pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2015 kepada HCTM, PPUKM di bawah skop yang sama untuk tempoh sah 02 Mei 2018 hingga 30 Mac 2021.
Syabas dan tahniah diucapkan di atas pengiktirafan ini. Semoga pengiktirafan yang diperolehi menjadi pemangkin kepada Warga HCTM, PPUKM untuk terus berusaha dan menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) HCTM, PPUKM.
Tahniah UKM! UKM kini ditangga ke 184 di dunia. UKM Menjuarai!
Naib Canselor / Vice-Chancellor
Universiti Kebangsaan Malaysia (The National University of Malaysia)
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA
TAHNIAH DAN SYABAS
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid dan Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin di atas kenaikan pangkat Profesor Gred C (VK7) berkuatkuasa pada 17 Mei 2018.











