Tahniah Prof. Dato. Dr. Razman Jarmin dan Pasukan Golf UKM 

31 Jul 2018 berita

Tahniah Prof. Dato. Dr. Razman Jarmin dan seluruh Pasukan Golf UKM kerana menjadi Juara kali ke-4 berturut-turut di Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia ke-46. Kejohanan itu telah berlangsung pada 25-26 Julai 2018 di Johor.

Tahniah & Syabas 
UKM MENJUARAI!

Tarikh Acara: Mula: 25/07/2018 Tamat: 26/07/2018Masa

Acara: Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang 

Tempat: Johor

TAHNIAH: NAIB JOHAN HIASAN GERAI KAMPUS KUALA LUMPUR 1

9 Jul 2018 berita

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat menjayakan persiapan Gerai KKL 1 dan dinobatkan sebagai Naib Johan kategori hiasan gerai sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UKM  pada 06 Julai 2018 bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, Bangi.

 

Tahniah – Pengiktirafan Pensijilan Program MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd

26 Jun 2018 berita

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti HCTM, PPUKM telah berjaya melalui Audit Pensijilan Program MS ISO 9001:2015 pada 07 hingga 09 Mac 2018. Sehubungan dengan itu, Panel Pensijilan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah meluluskan Pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2015 kepada HCTM, PPUKM di bawah skop yang sama untuk tempoh sah 02 Mei 2018 hingga 30 Mac 2021.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas pengiktirafan ini. Semoga pengiktirafan yang diperolehi menjadi pemangkin kepada Warga HCTM, PPUKM untuk terus berusaha dan menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) HCTM, PPUKM.

SIJIL SIRIM QAS INT ISO 9001 2015

Tahniah UKM! UKM kini ditangga ke 184 di dunia. UKM Menjuarai!

8 Jun 2018 berita
Assalamua’alaikum  dan Salam Sejahtera, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah UKM, Warga UKM serta para Alumni yg saya hormati,
Semoga semua sihat sejahtera serta dirahmati Allah SWT dan didoakan agar Ramadhan membawa keberkatan.
Saya ingin berkongsi satu berita gembira dan membanggakan kita semua-QS World University Ranking 2018/19 (QS WUR 2018/19) secara rasmi diumumkan pada hari ini.
Syukur Alhamdulillah, berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan keikhlasan semua menyumbang dalam pelbagai cara, Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini mencipta sejarah.   Sekali lagi, UKM melonjak hebat dari tangga 230 ke tangga 184 didunia!  Berdasarkan penarafan  QS WUR ini universiti kita kini berada dalam julat 200 terbaik didunia (World’s Top 200)!
Satu pengiktirafan buat kita semua Warga UKM dan pastinya negara Malaysia yang tercinta.  Setinggi tahniah dan terima kasih semua. Hadiah UKM buat rakyat Malaysia! Terima kasih Malaysia atas sokongan dan kepercayaan kepada kami di UKM. Universiti ini adalah universiti kita.
Dalam meniti ke usia 50 tahun sekitar 2 tahun lagi (18 Mei, 2020), kecemerlangan UKM kian menyerlah. Pastinya lonjakan ini adalah hasil titik peluh semua, dari tertubuhnya universiti ini sejak 48 tahun yang lalu (18 Mei, 1970). Kesarjanaan yang dibina serta impaknya kepada negara dalam pelbagai konteks menjadi teras utama kita. UKM Pendaulat Amanah Negara yang Mengilham Harapan dan Mencipta Masa Depan.
Kita bersyukur kepada Allah dengan kejayaan hebat ini dan pastinya diatas bahu kita semua untuk memastikan kecemerlangan UKM ini akan terus diperkukuhkan dimasa akan datang.
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali     
Naib Canselor / Vice-Chancellor
Universiti Kebangsaan Malaysia (The National University of Malaysia)
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA
1 2 3 4 5

Search

+