Tahniah YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM berkuatkuasa 9 Julai 2024.
Tahniah Prof. Madya Dr. Hanita Othman Atas Pelantikan Semula Sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
Tahniah Prof. Madya Dr. Hanita Othman atas pelantikan semula sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM berkuatkuasa 15 Januari 2023.

HCTM Menawarkan Khidmat Klinik Bergerak Dan Saringan Kesihatan di Karnival KPT Keluarga Malaysia
Karnival KPT Keluarga Malaysia telah diadakan pada 17-19 Februari 2022 di Dewan Seri Mahkota, MRSM Batu Pahat. HCTM membuka booth dan klinik bergerak dan menawarkan saringan kesihatan dan rundingan kesihatan lelaki, rundingan kesihatan ubat-ubatan, saringan kesihatan mata dan pendengaran, psikologi klinikal, ujian paras antibodi, ujian darah Prostate Specific Antigen (PSA) dan Ujian Kendiri Covid-19. Program telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad. Delegasi UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pendaftar UKM, YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla serta Prof Madya Dr Roslee Rajikan, Pengarah HEP UKM.
Tahniah Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah darjah kebesaran Negeri Sembilan bersempena Hari Keputeraan Ke-74, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan telah diadakan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada 14 Januari 2022 yang lalu.
PROF. MADYA DR. HANITA BINTI OTHMAN,
TIMBALAN PENGARAH (PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK, FARMASI & SOKONGAN)
Penerima:- D.P.T –DARJAH PEKERTI TERPILIH
DR. SHARIFAH AZURA BINTI SALLEH,
KETUA UNIT KAWALAN INFEKSI
Penerima: A.N.S – AHLI SETIA NEGERI SEMBILAN
MASRIFAH BINTI ZAKARIA,
KETUA JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
Penerima: A.N.S – AHLI SETIA NEGERI SEMBILAN
ENCIK AHMAD ZAMRI BIN NOORDIN,
PENOLONG PENDAFTAR KANAN
Penerima: A.N.S – AHLI SETIA NEGERI SEMBILAN
Misi Bantuan Pasca Banjir Kampus Kuala Lumpur UKM (20-22 Disember 2021)
Misi Bantuan Pasca Banjir Kampus Kuala Lumpur UKM (20-22 Disember 2021)
Tabung Ehsan Warga KKL UKM
Warga HCTM/UKM yang berhasrat untuk memberi bantuan kewangan kepada kakitangan HCTM yang terkesan akibat bencana banjir boleh menghulurkan sumbangan melalui Tabung Ehsan Warga Kampus Kuala Lumpur UKM.
Maklumat akaun tabung:
HOSPITAL UKM
CIMB 8000 7426 34
Ref: Banjir 21
Barangan keperluan juga dialu-alukan. Pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami seperti pada maklumat di poster.
Kakitangan HCTM yang terjejas akibat bencana banjir (rumah dinaiki air) diminta untuk memberikan nama, alamat rumah, dan no.telefon ke alamat emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my ATAU suhaidah@ppukm.ukm.edu.my

Pelancaran Director\’s Coffee
Cheras, 1 Oktober 2021 – Sempena Hari Kopi Sedunia yang jatuh pada 1 Oktober setiap tahun, Dolcezza Cafe dengan kerjasama HCTM telah melancarkan ‘Director’s Coffee’. Setiap pembelian Director’s Coffee mulai 1 Okt 2021 sehingga 31 Okt 2021, sebanyak 10% akan disumbangkan ke dalam Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Hadir merasmikan pelancaran ini tadi ialah Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Objektif pelancaran kopi ini adalah untuk membina jaringan dengan rakan industri disamping menambah dana untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Program ini juga turut membuka ruang kepada warga HCTM boleh bergambar kenang-kenangan bersama Pengarah.




























































