HCTM Menawarkan Khidmat Klinik Bergerak Dan Saringan Kesihatan di Karnival KPT Keluarga Malaysia
Karnival KPT Keluarga Malaysia telah diadakan pada 17-19 Februari 2022 di Dewan Seri Mahkota, MRSM Batu Pahat. HCTM membuka booth dan klinik bergerak dan menawarkan saringan kesihatan dan rundingan kesihatan lelaki, rundingan kesihatan ubat-ubatan, saringan kesihatan mata dan pendengaran, psikologi klinikal, ujian paras antibodi, ujian darah Prostate Specific Antigen (PSA) dan Ujian Kendiri Covid-19. Program telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad. Delegasi UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pendaftar UKM, YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla serta Prof Madya Dr Roslee Rajikan, Pengarah HEP UKM.













