Pelancaran Director\’s Coffee
Cheras, 1 Oktober 2021 – Sempena Hari Kopi Sedunia yang jatuh pada 1 Oktober setiap tahun, Dolcezza Cafe dengan kerjasama HCTM telah melancarkan ‘Director’s Coffee’. Setiap pembelian Director’s Coffee mulai 1 Okt 2021 sehingga 31 Okt 2021, sebanyak 10% akan disumbangkan ke dalam Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Hadir merasmikan pelancaran ini tadi ialah Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Objektif pelancaran kopi ini adalah untuk membina jaringan dengan rakan industri disamping menambah dana untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Program ini juga turut membuka ruang kepada warga HCTM boleh bergambar kenang-kenangan bersama Pengarah.





