Majlis Serah Tugas Pengarah HCTM

21 Jan 2021 berita

CHERAS, 21 Januari 2021 – Majlis Serah Tugas Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM telah diadakan secara atas talian dan terhad di Bilik Mesyuarat Lembaga, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar. Sesi ini adalah simbolik rasmi penyerahan tugas pengarah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin yang baharu sahaja menyandang jawatan sebagai Pengarah HCTM mulai 18 Januari 2021.

Prof. Dato’ Razman dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Naib Canselor dan Pengurusan Universiti atas pelantikannya sebagai Pengarah HCTM. Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid selama berkhidmat sebagai Pengarah HCTM sejak 15 November 2017.

Turut hadir menyaksikan sesi serah tugas ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dr. Raja Afendi Raja Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan timbalan-timbalan pengarah.

Search

+