Teknologi Robotik dalam Pembedahan Lutut
Kemajuan teknologi terus membawa perubahan dalam bidang ortopedik. Penggunaan robot ROSA dalam pembedahan lutut membantu pasukan perubatan melaksanakan prosedur dengan lebih terancang dan berasaskan ketepatan teknologi robotik.
YBhg. Prof. Madya Dr. Nor Hamdan Mohamad Yahaya turut menerangkan fungsi setiap robot yang digunakan serta implant yang dipilih dalam prosedur pembedahan lutut.
Gabungan kepakaran pakar bedah, teknologi robotik dan pemilihan implant yang bersesuaian membuka peluang kepada pendekatan pembedahan lutut yang lebih moden dan tepat.
Saksikan perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan inovasi pembedahan ortopedik serta pencapaian kepakaran perubatan Malaysia melalui https://www.facebook.com/reel/1845051583526940
