31st National Postgraduate Orthopaedic Intensive Course 2026
Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM telah berjaya menganjurkan 31st National Postgraduate Orthopaedic Intensive Course 2026 (Masterclass) pada 7-10 September 2026. Kursus ini dirangka khusus sebagai platform pengajaran dan pembelajaran intensif untuk pelajar Program Doktor Pakar Ortopedik & Traumatologi. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan perbincangan kaedah terkini yang berkait rapat dengan peperiksaan Program Doktor Pakar Ortopedik & Traumatologi. Ia juga menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman antara rakan pelajar serta pensyarah jemputan.

