Perlukah saya menempah (booking) terlebih dahulu sekiranya ingin bersalin di sini?
Perlu, sekurang-kurangnya telah dilihat oleh doktor di sini sebanyak 2 kali.
Ke manakah harus saya pergi sekiranya saya hendak bersalin?
Puan perlu datang segera ke PAC/OGAC yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan
Apakah yang perlu dibawa apabila saya mempunyai tanda tanda untuk bersalin?
Puan perlu membawa kad pengenalan, kad temujanji, buku rekod pemeriksaan antenatal, surat jaminan (jika ada)/ wang untuk deposit kemasukan ke wad, kelengkapan diri dan bayi semasa datang ke PAC/OGAC.
Bolehkah suami menemani isteri semasa di Dewan Kelahiran?
Boleh, suami perlu menandatangani borang pengeluaran pas menunggu pesakit di dewan kelahiran dan perlu mendapatkan Pas Menunggu di Kaunter Keselamatan yang terletak di tingkat 1 berhampiran Dewan Kelahiran
Bolehkah saudara perempuan menemani isteri semasa bersalin?
Keutamaan hanya diberi kepada suami atau ibu pesakit. Jika kedua duanya tiada, permohonan boleh dibuka kepada saudara perempuan sahaja yang dinamakan oleh pesakit untuk menemannya asalkan bersesuaian.
Bagaimana dengan penyusuan bayi saya jika saya masih belum menghasilkan susu ibu?
Secara keseluruhannya setiap wanita yang mengandung berupaya menghasilkan susu ibu. Pesakit digalakkan terus menyusui bayi dalam jam pertama selepas kelahiran bagi merangsang pengeluaran susu. Amalan melengahkan pemberian susu ibu boleh menyebabkan payudara kurang penghasilan dan bayi menolak untuk menyusu di payudara.
Pada siapa boleh saya membuat rujukan di atas masalah penyusuan susu ibu?
Puan boleh membuat panggilan ke Klinik O&G bagi mendapatkan bantuan Kaunselor Penyusuan Susu Ibu atau puan boleh mendapatkan pamplet Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu. Bantuan boleh diperolehi dari Kaunselor Terlatih yang ada di setiap wad.