Pusat Kemasukan Pesakit O&G

Menerima kesemua pesakit Obstetrik dan Ginekologi di mana pesakit diperiksa dan jika perlu dimasukkan ke wad ataupun diberi rawatan dan temujanji secara pesakit luar. Kes- kes yang rumit pula akan diberi rawatan kecemasan.


Perkhidmatan yang disediakan

  1. ) Kes ibu datang dengan tanda tanda kelahiran seperti sakit kontraksi.
  2. ) Ibu yang mengalami pendarahan semasa mengandung dan selepas bersalin.
  3. ) Ibu yang mengalami masalah dalpagi masa 6/52 selepas bersalin.
  4. ) Ibu yang mengalami masalah kecemasan sakit puan.

 

SENARAI DOKUMEN PENTING YANG PERLU DIBAWA.
(Pesakit dikehendaki membawa dokumen ini untuk rawatan kecemasan di OGAC)

1. Buku Rekod Pemeriksaan Antenatal (Buku Merah Jambu)
2. Surat rujukan jika dirujuk dari klinik lain
3. Status risiko COVID-19 dan daftar masuk melalui MySejahtera
4. Semakan suhu di pintu masuk
5. Deposit atau Surat Jaminan (Guarantee Letter)
6. Suami/peneman mesti mengemas kini status risiko COVID-19 dan mendaftar masuk melalui MySejahtera

*Dalam unit ini, Sistem Triage digunakan untuk semua pesakit: Pertama, pesakit akan disaring oleh jururawat bertugas. Seterusnya, doktor bertugas akan memberikan rawatan mengikut tahap kecemasan pesakit. Hanya seorang doktor dalam unit ini. Pesakit kecemasan akan diutamakan.

PERSEDIAAN MASUK WAD BERSALIN
APA YANG PERLU ANDA BAWA?

  • Buku Rekod Antenatal
  • Ubat yang diambil semasa mengandung (jika ada)
  • Peralatan mandian
  • Makanan, termos dan peralatan makan
  • Selipar anti-licin
  • Beg bayi yang mengandungi pakaian, sarung tangan dan topi bayi (boleh didapati di Klinik O&G untuk dibeli)
  • Sekurang-kurangnya 4 set pakaian persalinan bayi
  • Lampin pakai buang
  • Selimut bayi
  • Kain lap bayi

*Pesakit TIDAK DIBENARKAN membawa susu formula bayi. Ini adalah selaras dengan Polisi Penyusuan Susu Ibu HCTM dan sebagai Hospital Mesra Bayi. Susu formula bayi hanya akan diberikan dengan kebenaran bersurat daripada pegawai perubatan yang bertanggungjawab.

*Pesakit yang tidak hamil diwajibkan membawa semua keperluan yang disenaraikan kecuali barangan bayi.

 


Garis Panduan Lawatan

  • Ahli keluarga  tidak dibenarkan  menunggu pesakit di wad O&G
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun  tidak dibenarkan  melawat pesakit di wad

Barangan yang TIDAK DIBENARKAN masuk ke wad bersalin

  • Jumlah wang tunai yang banyak
  • Barang kemas
  • Komputer riba peribadi atau peralatan elektrik
  • Benda tajam atau sebarang senjata
  • Susu formula, botol atau puting susu bayi

Kriteria Pesakit Keluar Dari Wad Bersalin

Pesakit yang telah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah akan melalui prosedur discaj jika :

  • Ibu dan bayi tidak mengalami komplikasi selepas bersalin
  • Baby telah diperiksa oleh doktor incharge
  • Bayi telah membuang air besar dan kencing
  • Ibu sihat dan mampu menjaga bayi dengan yakin
  • Bayi sihat dan boleh menyusu
  • Ujian darah bayi untuk G6PD dan TSH telah dikeluarkan
  • Bayi telah disuntik suntikan imunisasi seperti BCG, HEP B, Vit K
  • Ujian OAE telah dilakukan (Ujian Saringan Pendengaran)

* Bagi pesakit yang dibenarkan discaj, waris akan diminta untuk membuat pembayaran bil dengan membawa slip discaj atau kebenaran keluar wad ke Kaunter Bayaran untuk menjelaskan bayaran wad dan ubatan. Waris diminta untuk kembali semula ke wad untuk menyerahkan bukti pembayaran dan membawa pesakit dan bayi untuk pulang ke rumah.