Jabatan O&G mula beroperasi pada tahun 1974 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur dan berpindah ke kompleks Cheras (Hospital UKM) mulai September 1997. Dengan tenaga pensyarah seramai 19 orang (1 pensyarah cuti belajar), jabatan ini memberikan perkhidmatan yang merangkumi semua bidang sub kepakaran yang terdiri daripada Reproductive Medicine, Maternal Fetal Medicine, Gynaeoncology, Urogynaecology dan Paediatrics Adolescent Gynaecology.


Objektif/Matlamat

Kami menyasarkan yang terbaik dalam semua perkara yang dilakukan sama ada memastikan pesakit kami berada dalam keadaan selamat dan menikmati pengalaman terbaik atau dalam pembangunan kakitangan dan pengurusan sumber kami.

  • Untuk membangunkan Tenaga Kerja yang diterajui dengan baik, berkebolehan, bermotivasi dan keusahawanan;
  • Bercita-cita tinggi dan Cekap serta menggunakan sumber yang ada dengan sebaiknya;
  • Menyampaikan perkhidmatan yang Selamat;
  • Mengambil bahagian dalam penyelidikan berkualiti tinggi untuk memberikan hasil yang paling Berkesan;
  • Menyampaikan Pengalaman yang terbaik untuk pesakit dan kakitangan.

 

Piagam

Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, profesional, selamat dan mesra pelanggan.

 

Matlamat

  • Pemindahan pengetahuan : Memastikan pengetahuan yang digabungkan dalam perkhidmatan selaras dengan dasar.
  • Matlamat optimum : Fokus dalam mencapai sokongan dan kualiti optimum untuk kesihatan wanita dan kanak-kanak.
  • Mengurus strategi : Susun strategi untuk meningkatkan interaksi berkesan dengan pesakit dan kerjasama dengan pihak berkepentingan, komuniti dan kerajaan.
  • Integriti : Melaksanakan operasi/perkhidmatan dengan penuh ketelusan mengikut prinsip keadilan, saling menghormati dan amanah di kalangan kakitangan dan pesakit.
  • Kerja Berpasukan : Mencapai matlamat dengan bekerjasama dalam satu pasukan untuk memastikan kualiti tugas menepati piawaian yang ditetapkan.
  • Kecemerlangan dan etika : Membentuk etika dan budaya kerja yang cemerlang dalam meningkatkan kualiti produktiviti jabatan.
  • Dinamik dan selamat : Mewujudkan kepelbagaian, memudahkan perkhidmatan dinamik dan persekitaran yang selamat dan menyenangkan untuk semua pesakit dan kakitangan.

Perkhidmatan Klinikal

  1. Pusat Reproduktif @ MAC
  2. Pusat Kemasukan O&G @ PAC
  3. Klinik O&G merangkumi Klinik Urogine, Klinik Remaja dan Kanak-kanak, Klinik Perancang Keluarga, Klinik Combine, Klinik Kardio, Klinik Fetomaternal, Klinik Gineonkologi
  4. Dewan Kelahiran dan HDU O&G
  5. Dewan Bedah O&G
  6. Wad O&G merangkumi 1A, 1B, 1C, 2A, dan 2B
  7. Daycare O&G dan Daycare Surgeri