Klinik O&G
Terletak di aras bawah bangunan klinikal. Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Obstetrik merangkumi perkhidmatan penjagaan dan rawatan ibu mengandung yang dirujuk manakala Klinik Ginekologi menyediakan perkhidmatan ginekologi secara umum, seperti kes infertiliti (kemandulan), kes gine-onkologi, kes uro-ginekologi dan kes menopause



Perkhidmatan & Kepakaran yang Ditawarkan
Maternal Fetal Medicine
Prof. Madya Dr. Rahana (Ketua Unit)
Gine Onkologi
Professor Dr. Nirmala @ Chandralega
A/P Kampan (Ketua Unit)
Pusat Reproduktif Termaju
Prof Dr Abdul Kadir Abdul Karim
(Ketua Pusat)
Menoupause
Semua pakar
Urogynaecology
Prof. Dr. Lim Pei Sha
Klinik Combine (Diabetes/Cardio/SLE)
Semua pakar
Klinik Remaja & Kanak-Kanak
Profesor Dr. Ani Amelia Dato’ Zainuddin
(Ketua Unit)
Klinik Ginekologi
Semua Pakar terlibat
Klinik Antenatal
Semua Pakar terlibat

Program Hospital Rakan Bayi
Profesor Madya Dr. Ixora Kamisan @Atan (Ketua Program)
Pendaftaran Pesakit di Klinik Obstetrik & Ginekologi
- Semua pesakit yang ingin membuat pendaftaran pesakit baru dan untuk “booking” bersalin di HCTM dikehendaki melakukan “Pra Pendaftaran”
- Pesakit perlu membawa surat rujukan dari Hospital / Klinik /Pusat Kesihatan untuk disaring oleh Jururawat Bertugas di Klinik O&G bagi tujuan pemberian tarikh temujanji.
- Sewaktu menghadirkan diri untuk sesi temujanji untuk pertamakali dengan Pegawai Perubatan, pesakit dikehendaki membawa:
a) Kad temujanji HCTM (jika ada)
b) Surat Jaminan / Kad Pesara / Kad OKU (jika ada)
c) Kad pengenalan
d) Borang Maklumat Pesakit yang telah lengkap diisi.
e) Wang untuk bayaran pendaftaran baru , bekalan ubatan dan prosedur perawatan yang dilakukan. (bagi pesakit yang berbayar)
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung Kaunter Klinik O&G di talian 03- 91457000/7001
WAKTU OPERASI KLINIK O&G
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi hingga 5.00 petangJumaat
8.00 pagi hingga 12.15 petang
2.45 petang hingga 5.00 petangSabtu, Ahad dan Cuti Umum
Tutup