1. Apakah jenis aduan dan maklumbalas yang boleh saya berikan kepada HCTM PPUKM ?
Pihak HCTM PPUKM mengalu alukan sebarang cadangan, aduan, penghargaan, pertanyaan dan maklumbalas mengenai sebarang perkhidmatan yang kami sediakan.
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada
3. Bagaimana cara membuat aduan?
Terdapat beberapa saluran rasmi aduan dan maklumbalas yang boleh dimajukan kepada pihak kami.
Antaranya:
- Borang aduan (warna merah jambu yang boleh didapati di lokasi tertentu /Kaunter Informasi Khidmat Pelanggan di Lobi Utama)
- 3.2 Panggilan telefon ke Unit Perhubungan Pelanggan, Jabatan Khidmat Pelanggan di talian 03-91457993/5066
- Emel
- Sistem Maklumbalas dan Aduan
4. Apa berlaku pada aduan saya?
Setiap aduan lengkap yang diterima akan diberikan surat pengesahan penerimaan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh maklumbalas diterima oleh Unit Perhubungan Pelanggan, Jabatan Khidmat Pelanggan.Aduan dan maklumbalas akan dimajukan kepada jabatan yang terlibat untuk siasatan lanjut.